BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

KUASA YANG BERKUASA

Salam dan selamat sejahtera.
Pagi yang indah. Dan aku menghadap laptop pepagi membaca berita dan melihat keadaan sekeliling ku. Ya, terasa tenang dan indahnya negaraku. Bumi ku yang bertuah,dan entah sampai bila tuahnya akan bersama-sama. Hari ini, aku ingin kongsikan dengan satu ayat daripada surah 29. Kebetulan aku lihat terdapat dalam akhbar, jadi aku rasa ada baiknya aku memetik kata2 Allah di dalam Al-Quran.

Surah Al-Ankabut (29/40)
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Intisari daripada ayat di atas bukan sahaja ditujukan untuk umat Islam sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Jika dilihat dari konteks ayat ini, Allah menyiksa masing2 disebabkan dosa yang telah dilakukan. Lihat sahaja di dalam dunia ini, ada sahaja perkara2 @ apa yang di panggil fenomena yang berlaku. Pelik apabila ramai di antara kita menganggap setiap yang berlaku pada bumi adalah fenomena. tidakkah terfikir bahawa Bumi sudah tidak tahan lagi menahan amarahnya kepada manusia yang banyak membuat kemungkaran di atasnya. Bumi dipijak2 manusia yang begitu rakus melakukan maksiat. Ramai yang tidak tahu, lawan IBADAH adalah MAKSIAT. Sedang kita menganggap Bumi adalah objek mati namun ia adalah ciptaan Allah dan memuji2 Allah dengan cara yang tidak ketahui. Segala yang berlaku mendapat izin Allah dahulu.

Namun, datangnya ancaman daripada Allah barangkali hanya seperti angin yang bertiup. Ia datang dan Ia pergi. Allah sudah menunjukkan kepada kita tentang sikap manusia yang tidak sedar diri. Ya, memang tidak sedar diri. Aku mengakuinya. Sama2 kita rujuk pada surah berikut~

Yunus 10/12
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."

Bagaimana? Pernahkah kita berada di dalam kesulitan, kesedihan, kepedihan dan dalam posisi yang Allah katakan kita berdoa pada Allah. Kita merintih kerana kepedihan yang kita lalui. Misalnya, jika kita ditimpa penyakit...sekecil2 kesakitan misalnya gastrik. Dalam baring kita merintih dan menyebut nama Allah minta dihilangkan sakit kita. Kemudian sesudah baiknya perut kita, kita kembali berlibur(berhibur) dan melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah seolah2 kita tidak pernah sakit dan melupakan pada Allah. Bagaimana? Pernah menghadapi situasi itu. Ya, aku pernah. Terasa hina dan malunya aku membaca ayat tersebut.
Jika ada yang membacanya dan ingin mengaitkan dengan kejadian yang berlaku pada negara jiran kita juga boleh, dan itulah sebaik2 contoh untuk tujuan menginsafkan kerana kita juga tahu betapa ramainya penduduk Islam di sana. Mereka adalah penduduk Islam terbanyak di dunia dan mengapakah Allah menghukum mereka? Adakah kita juga akan menyusul kerana kemungkaran yang kita lakukan di rumah Allah ini? Jangan jumudkan kepala otak a.k.a akal fikiran yang mana negara mereka berada di dlm lingkaran pasifik lalu banyak kejadian & bencana berlaku. Rujukilah Al-Quran semoga aku, kau dan mereka mendapat petunjuk.
Daripada sumber yang aku rujuk, cntoh google, akhbar, media, mereka Islam namun mempunyai kepercayaan dan amalan yang meragukan. Entahlah. Sesak di dada melihat. Nak hurai pun akan memakan masa.

Dan aku mendoakan aku sentiasa berada dalam keadaan seperti surah
Qaaf 50/37
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."

Kita sudah menyaksikan dengan mata. kita dapat mendengar dengan pelbagai cabang perkara yang membantu kita untuk mendengar dan kita punya hati mentakwil sesuatu dan takwillah sendiri~

(Aku terfikir adakah orang yang akan mempersoalkan aku dlm diamnya? cth: apabila aku mengatakan kita melakukan kemungkaran di rumah Allah. Bacalah AQ then kamu akan realize di mana rumah Allah yang sebenarnya)

*****Sekadar renungan*****

Saturday, October 10, 2009

ALERGIK AL-QURAN

Salam...
Wujud sebilangan orang, apabila di sentuh tentang al-Quran macam cacing kepanasan. Telinga tak nak dengar apa content yg nk diisukan. Badan dah menggeliat semacam. Muka dah kelat. Tetapi, kalau ada bencana alam dan dapat di bayyinat pula dengan ayat2 Allah nampak rancak juga mereka canang. Di media cetak dan elektronik, sudah dapat dibaca. Ya, harusnya begitulah. kita lihat kejadian di muka bumi Allah dan pasti ada keterkaitan di dalam Al-Quran. Aku ada menemui beberapa di dalam AQ. Ada masa aku akan kongsi, InsyaAllah.
Ialah, kebenaran depan mata. Baru wujud rasa kerdil diri. Sememangnya perlu dan harus kita ambil pelajaran. Bukan setakat apabila ada ancaman dari Allah baru kita selak lembaran Al-Quran. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui tiap satu ayatnya. Sekurang2nya untuk kita elak daripada fitnah dunia. Sekarang ni banyak sangat yg pelik2 aku tengok. Ya, aku juga selalu lupa diri. Dan kerana sifat manusia yg lupa diri itulah maka aku nak ajak kita semua hayati fitrah kejadian manusia yang perlu dihayati, diperhalusi, dikaji.
Seperti mana di dlm surah:

Adz-Dzaariyaat (51/56)“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Allah adalah Pencipta kita. Dia adalah Tuan kita, dan kita adalah Hamba. Sudahlah hamba, kita nk pijak2 pula Tuan kita. Kalau kita ada hamba, msti da kena dera da hamba tu. Tetapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Wpn ada hamba yg INGKAR namun Dia tetap murahkan rezeki dan memanjangkan usia kita. Alangkah malunya kita yg hanya menumpang di bumi Allah namun kita ingkar pada perintahNya!! Ya, dalam murka Allah Dia tetap memberi kita KasihNya.
Bagi yang alergik dengan AQ harap2 Allah bukakan pintu hati mereka supaya mencari dan tidak hanya menunggu ditunjukkan satu persatu. Aku pun macam tu jugaklah. Aku pun pernah juga lah berada disituasi alergik tersebut jadi sebab tu aku post tis as aku pun da merasai tempatnya. Dan apabila dapat melihat dengan mata kepala kebenaran setiap sesuatu, menitis airmata sehingga tersekat2 suara aku untuk bertutur. Ya, ada yang menepuk2 bahu namun aku gagahkan jua menyambung kata kerana ingin meluahkan isi hati aku yang jahil. Aku bertekak dengan beberapa manusia yang banyak membantu aku. Kerana apa? Kerana menyedari betapa aku hidup selama ini bagaikan tiada maknanya. Semoga aku tidak alergik dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Bukankah itu warisannya dan aku ingin mewarisinya...

Wallahualam

Kembali

Salam...
Sudah lama aku tidak mengemas kini laman aku ni. sian pulak aku tgk. sepah2 ye?
Kini aku kembali dengan wajah baru. Aku ingin segar-segarkan diri dan minda kerana dua tiga menjak ni aku liat sikit menghadap blog. bukan apa, cuma tak tahu apa yg nak aku kongsikan. Namun aku sekarang akan kembali. InsyaAllah, mgkin tidak kerap tetapi ada lah juga. Doa2kan semoga ku sentiasa rajin berkongsi....
Wassalam~

Friday, October 2, 2009

Thursday, October 1, 2009

Manusia Tak Kenang Budi..!!!

Bukti manusia berilmu, manusia menciptakan sesuatu berdasarkan ilmunya...
Bukti Allah berilmu,Dia menciptakan manusia dan segala yg ada... Allah telah menzahirkan kekuasaanya dengan penciptaan
alam yg indah ini. Yg tidak akan mampu ditandingi oleh mana2
makhluk ciptaannya.
Yaa..mana bisa Hamba melawan Tuannya...

Allah mencipta dengan sempurna sekali.
Yaa..Allah membuktikan diri-Nya Maha Berkuasa atas
penciptaan dan makhluk yang dicipta sempurna adalah Manusia.
Pertelingkahan berlaku antara Iblis, Malaikat yg tidak bersetuju kerana menganggap manusia itu adalah hina.
Namun,setelah Adam memperlihatkan kepintarannya
mengenal apa yg tidak diketahui oleh Malaikat dan Iblis,
terus malaikat menyembah pada Adam dan sujud,patuh
dan taat pada perintah Allah. Ketika Malaikat mempertikaikan
kenapa menjadikan Manusia yg suka melakukan kerosakan
dibumi sebagai khalifah, Allah menjawab bhw dia lebih
mengetahui segala sesuatu.

Benar,hanya Allah yg tahu
segala sesuatu apa yg ada di langit dan di bumi.
Hairan ya. Sekalipun manusia dibocorkan rahsia bhw
dia adalah makhluk paling sempurna, tetap dia ingkar pada
perintah Tuhannya...Memang kebanyakkan manusia suka
melanggar janji dengan Allah...
Walaupun begitu, Allah tetap kekal dengan sifat Ar-Rahman, Pemurahnya dan Ar-Rahim, Penyayangnya kepada Hamba2 walaupun hamba2Nya banyak melakukan kerosakan tetap rezeki yang diberikan melimpah ruah.

DAn kita HambaNya telah lupa akan janji pada Allah lalu jadilah kita Manusia yang tidak mengenang budi. kita Leka dengan kesibukan dunia. kita mengejar dunia dan memperlecehkan kampung akhirat sana. Yg mereka pentingkan, keindahan di mata manusia dan ALPA bahawa keindahan diri di sisi ALLAH lah yg sepatutnya kita utamakan. Bukan hanya mengharapkan ustaz dan ustazah menyuap ilmu ke mulut. kita seharusnya berfikir sendiri, takkan hanya dengan ber IC kan islam maka kita akan ke Syurga?
Diri sendiri kata mahu ke syurga tetapi tindakannya?cukupkah hanya dengan solat 5waktu tanpa mengambil tahu fadhilat2nya?
Cukupkah dengan bersyukur dan mengatakan Alhamdulillah?
Segala puji bagi Allah. Perjuangkanlah agama Allah untuk dirimu kerana sesungguhnya Allah memerhati. berfikirlah dan ingatlah Allah dlm dirimu, dudukmu, baringmu...

Semoga kita Semua tidak menjadi manusia yang tidak mengenang budi di sisi Allah.

Kisah Sajak dan Hubungan Kami

DIRIMU ADALAH SYURGA LELAKI

Lelaki yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawa
Berakhir..

Lelaki yang aku idamkan
Adalah lelaki di matanya dan
nasahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Lelaki yang aku harapkan
Menutup auratnya
Kehormatan dirinya menjadi
Mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Lelaki yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan

Wahai lelaki yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Sesungguhnya lelaki yang selalu berada dalam doaku,
Adalah dirimu....
(AMiiN)
Dialah suamiku

Wednesday, September 30, 2009

Perasan~~~

salam
Entah kenapa aku rasa cam cantik nyeee aku nye blog...
harap2 isinya juga cantek...
wahai cik chida maruko chan....tak nak ke buat yg cantik2??
ahahahaha...
jangan marah...
wslm