BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 10, 2009

ALERGIK AL-QURAN

Salam...
Wujud sebilangan orang, apabila di sentuh tentang al-Quran macam cacing kepanasan. Telinga tak nak dengar apa content yg nk diisukan. Badan dah menggeliat semacam. Muka dah kelat. Tetapi, kalau ada bencana alam dan dapat di bayyinat pula dengan ayat2 Allah nampak rancak juga mereka canang. Di media cetak dan elektronik, sudah dapat dibaca. Ya, harusnya begitulah. kita lihat kejadian di muka bumi Allah dan pasti ada keterkaitan di dalam Al-Quran. Aku ada menemui beberapa di dalam AQ. Ada masa aku akan kongsi, InsyaAllah.
Ialah, kebenaran depan mata. Baru wujud rasa kerdil diri. Sememangnya perlu dan harus kita ambil pelajaran. Bukan setakat apabila ada ancaman dari Allah baru kita selak lembaran Al-Quran. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui tiap satu ayatnya. Sekurang2nya untuk kita elak daripada fitnah dunia. Sekarang ni banyak sangat yg pelik2 aku tengok. Ya, aku juga selalu lupa diri. Dan kerana sifat manusia yg lupa diri itulah maka aku nak ajak kita semua hayati fitrah kejadian manusia yang perlu dihayati, diperhalusi, dikaji.
Seperti mana di dlm surah:

Adz-Dzaariyaat (51/56)“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Allah adalah Pencipta kita. Dia adalah Tuan kita, dan kita adalah Hamba. Sudahlah hamba, kita nk pijak2 pula Tuan kita. Kalau kita ada hamba, msti da kena dera da hamba tu. Tetapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Wpn ada hamba yg INGKAR namun Dia tetap murahkan rezeki dan memanjangkan usia kita. Alangkah malunya kita yg hanya menumpang di bumi Allah namun kita ingkar pada perintahNya!! Ya, dalam murka Allah Dia tetap memberi kita KasihNya.
Bagi yang alergik dengan AQ harap2 Allah bukakan pintu hati mereka supaya mencari dan tidak hanya menunggu ditunjukkan satu persatu. Aku pun macam tu jugaklah. Aku pun pernah juga lah berada disituasi alergik tersebut jadi sebab tu aku post tis as aku pun da merasai tempatnya. Dan apabila dapat melihat dengan mata kepala kebenaran setiap sesuatu, menitis airmata sehingga tersekat2 suara aku untuk bertutur. Ya, ada yang menepuk2 bahu namun aku gagahkan jua menyambung kata kerana ingin meluahkan isi hati aku yang jahil. Aku bertekak dengan beberapa manusia yang banyak membantu aku. Kerana apa? Kerana menyedari betapa aku hidup selama ini bagaikan tiada maknanya. Semoga aku tidak alergik dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Bukankah itu warisannya dan aku ingin mewarisinya...

Wallahualam

0 comments: