BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Kisah Sajak dan Hubungan Kami

DIRIMU ADALAH SYURGA LELAKI

Lelaki yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawa
Berakhir..

Lelaki yang aku idamkan
Adalah lelaki di matanya dan
nasahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Lelaki yang aku harapkan
Menutup auratnya
Kehormatan dirinya menjadi
Mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Lelaki yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan

Wahai lelaki yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Sesungguhnya lelaki yang selalu berada dalam doaku,
Adalah dirimu....
(AMiiN)
Dialah suamiku

1 comments:

Dian_AdeeLa said...

dia ingin menjadi lelaki seperti di dalam sajak ini setelah membaca dlm fwnster aku, dan berusaha mendekatkan aku kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim...
dia kotakannya~~~