BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

KUASA YANG BERKUASA

Salam dan selamat sejahtera.
Pagi yang indah. Dan aku menghadap laptop pepagi membaca berita dan melihat keadaan sekeliling ku. Ya, terasa tenang dan indahnya negaraku. Bumi ku yang bertuah,dan entah sampai bila tuahnya akan bersama-sama. Hari ini, aku ingin kongsikan dengan satu ayat daripada surah 29. Kebetulan aku lihat terdapat dalam akhbar, jadi aku rasa ada baiknya aku memetik kata2 Allah di dalam Al-Quran.

Surah Al-Ankabut (29/40)
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Intisari daripada ayat di atas bukan sahaja ditujukan untuk umat Islam sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Jika dilihat dari konteks ayat ini, Allah menyiksa masing2 disebabkan dosa yang telah dilakukan. Lihat sahaja di dalam dunia ini, ada sahaja perkara2 @ apa yang di panggil fenomena yang berlaku. Pelik apabila ramai di antara kita menganggap setiap yang berlaku pada bumi adalah fenomena. tidakkah terfikir bahawa Bumi sudah tidak tahan lagi menahan amarahnya kepada manusia yang banyak membuat kemungkaran di atasnya. Bumi dipijak2 manusia yang begitu rakus melakukan maksiat. Ramai yang tidak tahu, lawan IBADAH adalah MAKSIAT. Sedang kita menganggap Bumi adalah objek mati namun ia adalah ciptaan Allah dan memuji2 Allah dengan cara yang tidak ketahui. Segala yang berlaku mendapat izin Allah dahulu.

Namun, datangnya ancaman daripada Allah barangkali hanya seperti angin yang bertiup. Ia datang dan Ia pergi. Allah sudah menunjukkan kepada kita tentang sikap manusia yang tidak sedar diri. Ya, memang tidak sedar diri. Aku mengakuinya. Sama2 kita rujuk pada surah berikut~

Yunus 10/12
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."

Bagaimana? Pernahkah kita berada di dalam kesulitan, kesedihan, kepedihan dan dalam posisi yang Allah katakan kita berdoa pada Allah. Kita merintih kerana kepedihan yang kita lalui. Misalnya, jika kita ditimpa penyakit...sekecil2 kesakitan misalnya gastrik. Dalam baring kita merintih dan menyebut nama Allah minta dihilangkan sakit kita. Kemudian sesudah baiknya perut kita, kita kembali berlibur(berhibur) dan melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah seolah2 kita tidak pernah sakit dan melupakan pada Allah. Bagaimana? Pernah menghadapi situasi itu. Ya, aku pernah. Terasa hina dan malunya aku membaca ayat tersebut.
Jika ada yang membacanya dan ingin mengaitkan dengan kejadian yang berlaku pada negara jiran kita juga boleh, dan itulah sebaik2 contoh untuk tujuan menginsafkan kerana kita juga tahu betapa ramainya penduduk Islam di sana. Mereka adalah penduduk Islam terbanyak di dunia dan mengapakah Allah menghukum mereka? Adakah kita juga akan menyusul kerana kemungkaran yang kita lakukan di rumah Allah ini? Jangan jumudkan kepala otak a.k.a akal fikiran yang mana negara mereka berada di dlm lingkaran pasifik lalu banyak kejadian & bencana berlaku. Rujukilah Al-Quran semoga aku, kau dan mereka mendapat petunjuk.
Daripada sumber yang aku rujuk, cntoh google, akhbar, media, mereka Islam namun mempunyai kepercayaan dan amalan yang meragukan. Entahlah. Sesak di dada melihat. Nak hurai pun akan memakan masa.

Dan aku mendoakan aku sentiasa berada dalam keadaan seperti surah
Qaaf 50/37
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."

Kita sudah menyaksikan dengan mata. kita dapat mendengar dengan pelbagai cabang perkara yang membantu kita untuk mendengar dan kita punya hati mentakwil sesuatu dan takwillah sendiri~

(Aku terfikir adakah orang yang akan mempersoalkan aku dlm diamnya? cth: apabila aku mengatakan kita melakukan kemungkaran di rumah Allah. Bacalah AQ then kamu akan realize di mana rumah Allah yang sebenarnya)

*****Sekadar renungan*****

2 comments:

Dian_AdeeLa said...

Aku nak sentuh sedikit tentang surah Al-Ankabut ayat 40:

Siksaan daripada Allh spt
1. Hujan batu (Malaysia pernah mengalaminya namun tidaklah seteruk di luar negara.)
2. gempa bumi (Di Malaysia juga sudah dapat dirasai gegaran kecil, di negara lain apatah lagi)
3. Hilang ditelan Bumi (beberapa kampung di Padang lenyap, Pulau karakatoa sudah tiada, Umat Nabi Luth lenyap ditelan bumi)
4. Di tenggelamkan Allah (contoh di Acheh) kejadian Tsunami yang menenggelamkan umat manusia dengan tiada belas kasihan.

Apakah tindakan kita? persoalan untuk difikirkan dan di adakan tindakan.
Wallahualam

Dian_AdeeLa said...

BARU AKU SEDAR ADA 3 SURAH. BUKAN SATU~~