BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

KUASA YANG BERKUASA

Salam dan selamat sejahtera.
Pagi yang indah. Dan aku menghadap laptop pepagi membaca berita dan melihat keadaan sekeliling ku. Ya, terasa tenang dan indahnya negaraku. Bumi ku yang bertuah,dan entah sampai bila tuahnya akan bersama-sama. Hari ini, aku ingin kongsikan dengan satu ayat daripada surah 29. Kebetulan aku lihat terdapat dalam akhbar, jadi aku rasa ada baiknya aku memetik kata2 Allah di dalam Al-Quran.

Surah Al-Ankabut (29/40)
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Intisari daripada ayat di atas bukan sahaja ditujukan untuk umat Islam sahaja tetapi untuk semua umat manusia. Jika dilihat dari konteks ayat ini, Allah menyiksa masing2 disebabkan dosa yang telah dilakukan. Lihat sahaja di dalam dunia ini, ada sahaja perkara2 @ apa yang di panggil fenomena yang berlaku. Pelik apabila ramai di antara kita menganggap setiap yang berlaku pada bumi adalah fenomena. tidakkah terfikir bahawa Bumi sudah tidak tahan lagi menahan amarahnya kepada manusia yang banyak membuat kemungkaran di atasnya. Bumi dipijak2 manusia yang begitu rakus melakukan maksiat. Ramai yang tidak tahu, lawan IBADAH adalah MAKSIAT. Sedang kita menganggap Bumi adalah objek mati namun ia adalah ciptaan Allah dan memuji2 Allah dengan cara yang tidak ketahui. Segala yang berlaku mendapat izin Allah dahulu.

Namun, datangnya ancaman daripada Allah barangkali hanya seperti angin yang bertiup. Ia datang dan Ia pergi. Allah sudah menunjukkan kepada kita tentang sikap manusia yang tidak sedar diri. Ya, memang tidak sedar diri. Aku mengakuinya. Sama2 kita rujuk pada surah berikut~

Yunus 10/12
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."

Bagaimana? Pernahkah kita berada di dalam kesulitan, kesedihan, kepedihan dan dalam posisi yang Allah katakan kita berdoa pada Allah. Kita merintih kerana kepedihan yang kita lalui. Misalnya, jika kita ditimpa penyakit...sekecil2 kesakitan misalnya gastrik. Dalam baring kita merintih dan menyebut nama Allah minta dihilangkan sakit kita. Kemudian sesudah baiknya perut kita, kita kembali berlibur(berhibur) dan melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah seolah2 kita tidak pernah sakit dan melupakan pada Allah. Bagaimana? Pernah menghadapi situasi itu. Ya, aku pernah. Terasa hina dan malunya aku membaca ayat tersebut.
Jika ada yang membacanya dan ingin mengaitkan dengan kejadian yang berlaku pada negara jiran kita juga boleh, dan itulah sebaik2 contoh untuk tujuan menginsafkan kerana kita juga tahu betapa ramainya penduduk Islam di sana. Mereka adalah penduduk Islam terbanyak di dunia dan mengapakah Allah menghukum mereka? Adakah kita juga akan menyusul kerana kemungkaran yang kita lakukan di rumah Allah ini? Jangan jumudkan kepala otak a.k.a akal fikiran yang mana negara mereka berada di dlm lingkaran pasifik lalu banyak kejadian & bencana berlaku. Rujukilah Al-Quran semoga aku, kau dan mereka mendapat petunjuk.
Daripada sumber yang aku rujuk, cntoh google, akhbar, media, mereka Islam namun mempunyai kepercayaan dan amalan yang meragukan. Entahlah. Sesak di dada melihat. Nak hurai pun akan memakan masa.

Dan aku mendoakan aku sentiasa berada dalam keadaan seperti surah
Qaaf 50/37
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."

Kita sudah menyaksikan dengan mata. kita dapat mendengar dengan pelbagai cabang perkara yang membantu kita untuk mendengar dan kita punya hati mentakwil sesuatu dan takwillah sendiri~

(Aku terfikir adakah orang yang akan mempersoalkan aku dlm diamnya? cth: apabila aku mengatakan kita melakukan kemungkaran di rumah Allah. Bacalah AQ then kamu akan realize di mana rumah Allah yang sebenarnya)

*****Sekadar renungan*****

Saturday, October 10, 2009

ALERGIK AL-QURAN

Salam...
Wujud sebilangan orang, apabila di sentuh tentang al-Quran macam cacing kepanasan. Telinga tak nak dengar apa content yg nk diisukan. Badan dah menggeliat semacam. Muka dah kelat. Tetapi, kalau ada bencana alam dan dapat di bayyinat pula dengan ayat2 Allah nampak rancak juga mereka canang. Di media cetak dan elektronik, sudah dapat dibaca. Ya, harusnya begitulah. kita lihat kejadian di muka bumi Allah dan pasti ada keterkaitan di dalam Al-Quran. Aku ada menemui beberapa di dalam AQ. Ada masa aku akan kongsi, InsyaAllah.
Ialah, kebenaran depan mata. Baru wujud rasa kerdil diri. Sememangnya perlu dan harus kita ambil pelajaran. Bukan setakat apabila ada ancaman dari Allah baru kita selak lembaran Al-Quran. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui tiap satu ayatnya. Sekurang2nya untuk kita elak daripada fitnah dunia. Sekarang ni banyak sangat yg pelik2 aku tengok. Ya, aku juga selalu lupa diri. Dan kerana sifat manusia yg lupa diri itulah maka aku nak ajak kita semua hayati fitrah kejadian manusia yang perlu dihayati, diperhalusi, dikaji.
Seperti mana di dlm surah:

Adz-Dzaariyaat (51/56)“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Allah adalah Pencipta kita. Dia adalah Tuan kita, dan kita adalah Hamba. Sudahlah hamba, kita nk pijak2 pula Tuan kita. Kalau kita ada hamba, msti da kena dera da hamba tu. Tetapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Wpn ada hamba yg INGKAR namun Dia tetap murahkan rezeki dan memanjangkan usia kita. Alangkah malunya kita yg hanya menumpang di bumi Allah namun kita ingkar pada perintahNya!! Ya, dalam murka Allah Dia tetap memberi kita KasihNya.
Bagi yang alergik dengan AQ harap2 Allah bukakan pintu hati mereka supaya mencari dan tidak hanya menunggu ditunjukkan satu persatu. Aku pun macam tu jugaklah. Aku pun pernah juga lah berada disituasi alergik tersebut jadi sebab tu aku post tis as aku pun da merasai tempatnya. Dan apabila dapat melihat dengan mata kepala kebenaran setiap sesuatu, menitis airmata sehingga tersekat2 suara aku untuk bertutur. Ya, ada yang menepuk2 bahu namun aku gagahkan jua menyambung kata kerana ingin meluahkan isi hati aku yang jahil. Aku bertekak dengan beberapa manusia yang banyak membantu aku. Kerana apa? Kerana menyedari betapa aku hidup selama ini bagaikan tiada maknanya. Semoga aku tidak alergik dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Bukankah itu warisannya dan aku ingin mewarisinya...

Wallahualam

Kembali

Salam...
Sudah lama aku tidak mengemas kini laman aku ni. sian pulak aku tgk. sepah2 ye?
Kini aku kembali dengan wajah baru. Aku ingin segar-segarkan diri dan minda kerana dua tiga menjak ni aku liat sikit menghadap blog. bukan apa, cuma tak tahu apa yg nak aku kongsikan. Namun aku sekarang akan kembali. InsyaAllah, mgkin tidak kerap tetapi ada lah juga. Doa2kan semoga ku sentiasa rajin berkongsi....
Wassalam~

Friday, October 2, 2009

Thursday, October 1, 2009

Manusia Tak Kenang Budi..!!!

Bukti manusia berilmu, manusia menciptakan sesuatu berdasarkan ilmunya...
Bukti Allah berilmu,Dia menciptakan manusia dan segala yg ada... Allah telah menzahirkan kekuasaanya dengan penciptaan
alam yg indah ini. Yg tidak akan mampu ditandingi oleh mana2
makhluk ciptaannya.
Yaa..mana bisa Hamba melawan Tuannya...

Allah mencipta dengan sempurna sekali.
Yaa..Allah membuktikan diri-Nya Maha Berkuasa atas
penciptaan dan makhluk yang dicipta sempurna adalah Manusia.
Pertelingkahan berlaku antara Iblis, Malaikat yg tidak bersetuju kerana menganggap manusia itu adalah hina.
Namun,setelah Adam memperlihatkan kepintarannya
mengenal apa yg tidak diketahui oleh Malaikat dan Iblis,
terus malaikat menyembah pada Adam dan sujud,patuh
dan taat pada perintah Allah. Ketika Malaikat mempertikaikan
kenapa menjadikan Manusia yg suka melakukan kerosakan
dibumi sebagai khalifah, Allah menjawab bhw dia lebih
mengetahui segala sesuatu.

Benar,hanya Allah yg tahu
segala sesuatu apa yg ada di langit dan di bumi.
Hairan ya. Sekalipun manusia dibocorkan rahsia bhw
dia adalah makhluk paling sempurna, tetap dia ingkar pada
perintah Tuhannya...Memang kebanyakkan manusia suka
melanggar janji dengan Allah...
Walaupun begitu, Allah tetap kekal dengan sifat Ar-Rahman, Pemurahnya dan Ar-Rahim, Penyayangnya kepada Hamba2 walaupun hamba2Nya banyak melakukan kerosakan tetap rezeki yang diberikan melimpah ruah.

DAn kita HambaNya telah lupa akan janji pada Allah lalu jadilah kita Manusia yang tidak mengenang budi. kita Leka dengan kesibukan dunia. kita mengejar dunia dan memperlecehkan kampung akhirat sana. Yg mereka pentingkan, keindahan di mata manusia dan ALPA bahawa keindahan diri di sisi ALLAH lah yg sepatutnya kita utamakan. Bukan hanya mengharapkan ustaz dan ustazah menyuap ilmu ke mulut. kita seharusnya berfikir sendiri, takkan hanya dengan ber IC kan islam maka kita akan ke Syurga?
Diri sendiri kata mahu ke syurga tetapi tindakannya?cukupkah hanya dengan solat 5waktu tanpa mengambil tahu fadhilat2nya?
Cukupkah dengan bersyukur dan mengatakan Alhamdulillah?
Segala puji bagi Allah. Perjuangkanlah agama Allah untuk dirimu kerana sesungguhnya Allah memerhati. berfikirlah dan ingatlah Allah dlm dirimu, dudukmu, baringmu...

Semoga kita Semua tidak menjadi manusia yang tidak mengenang budi di sisi Allah.

Kisah Sajak dan Hubungan Kami

DIRIMU ADALAH SYURGA LELAKI

Lelaki yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawa
Berakhir..

Lelaki yang aku idamkan
Adalah lelaki di matanya dan
nasahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Lelaki yang aku harapkan
Menutup auratnya
Kehormatan dirinya menjadi
Mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Lelaki yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan

Wahai lelaki yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Sesungguhnya lelaki yang selalu berada dalam doaku,
Adalah dirimu....
(AMiiN)
Dialah suamiku

Wednesday, September 30, 2009

Perasan~~~

salam
Entah kenapa aku rasa cam cantik nyeee aku nye blog...
harap2 isinya juga cantek...
wahai cik chida maruko chan....tak nak ke buat yg cantik2??
ahahahaha...
jangan marah...
wslm

menanti~~

bila kerja mengadap laptop jee,bahu pun sakit2.. tapi takpe.. bukan duk melangut je..huhu.. lagu raya belum lagi habis diputarkan...kat TV pon bising lagi...
tgh tunggu cik abe balik men futsal ni...tadi dia ajak,tapi aku malas. kalau ade geng2 nisa' yg turun nk gak aku..ni seme laki2..bukan tak leh sembang,cuma aku tak nk kacau konsentrasi mereka bermain...sbb yg turun main bukan nye calang2 orang.
suka sbnarnya kalau sembang2 nge dorang...

kejar mengejar...


salam...
ye..sembang2 lagi aku nmpaknye...
bukan ape,walaupun kelihatan pelik tetapi benar la. aku pun selalu juga mengejar..pastu benti jap...kjar..benti...pastu hold...
pastu gitu2 je...

Tuesday, September 29, 2009

Half time Muslim


first time aku nengok diz picture... aku terasa. ye la..full time ke halftime...
hmmm...ni yg wat aku nak membaca kondisi disekeliling bagaimana dan adakah mereka yg dlm mykadnye tertera Islam betul2 Islam?
cam sensitif je... tapi tuu la..
aku percaya mereka pun fikir mati n takut mati...
cume seruu tu lambat mari kot..
takkan nak tunggu ajal baru nk terkejut?aku pun same la jugak...aku pun byk dosa juga.nak memperbetulkan diri aku bersama2 suamiku jua...

kita tak sedar betapa dekatnya maut dengan kita.tiba2 ada insan disekeliling kita menyahut seruan Ilahi...sekelip mata sahaja.kuasa Allah. apa yg kita ada hanyalah pinjaman. kita nk jadi antara yg disayangi Allah,diredhai-Nya..tetapi kena juga cermin diri...
sejauh mana utk kita mendapat keredhaan Allah? atau kita hanya fikir tanggung jwb ustaz2 n ustazah semua tu utk ajar kita. yeke?

pada aku, kena la amik part juga.kena amik tahu sebab zaman sekarang mcm2 ada.
kalau kenal sape prof.dr. snouck hergronje... dan faham si munafik ni...kita tak nak ade manusia mcm dia berleluasa memusnahkan akidah umat Islam yg mmg dah rosak.

aku jumpa laman ni yg mmg siap bagi nas lagi http://www.puspiptek.net/Html/tafasir_indeks.asp?nomor=004

ayat dari surah Al-Baqarah tu pun sebenarnya terkesan di hati aku jugak...isy2. jauhkanlah aku dari kemunafikan dan kefasikan Ya Allah

Tujuan Hidup

aku fikir dan fikir...tujuan penciptaan aku dn hala tuju hidup...
bila aku lalu kat kawasan perkuburan...aku yakin aku jua akan menjadi penghuninya...
kalau dulu aku belum berkahwin, fikir jika pnjang usia akan merasa nikmat perkahwinan...dan setelah melaluinya, aku berfikir utk ada anak...skang mgkin belum lagi..tapi jika Allah izinkan akan merasa sakitnya melahirkan...

kemudian jika aku mati...bagaimana pula keadaan di tempat yg sempit dan gelap?macam mana preparation aku? same ke dgn preparation berkahwin???
tak sama...kalau kawen aku tahu tempohnya tapi jika mati,aku tidak tahu bila tarikh expired aku. sbb tu dari dulu aku selalu resah.....
mencari arah tuju sebab aku tak nak menunggu hati aku ingin berubah menjadi lebih baik baru aku bergerak...aku kena push diri aku utk mencari...

bila mencari baru mata hati yg gelap ni makin tersuluh...aku suka berkawan. macam2 ragam manusia yg aku jumpa...namun hati aku rasa begitu seronok bila ada kawan yg bila berkumpul topiknya tidak lain ttg isu semasa dan mengaitkan dengan ayat Allah.

tujuan hidup...Allah menciptakan manusia tiadalain adalah utk beribadah kepadanya...
jika majikan yg ada hamba tentulah mahu hambanya taat dan patuh pada suruhannya..
jika Allah yg hambanya Jin dan Manusia sudah tentulah mahu mereka menyembahnya...namun ramai yg menyembah berhala(hala...fokus) ...seperti wang,pangkat,harta...dll yg mana mereka berhalakan sesuatu..
jadi tujuan hidup saja yg nampak..
tujuan mati????

hari raya dah pon berlalu untuk aku di kampung..
syukur juga sebab diberikan peluang utk ada kampung. sebab ada dikalangan kawan2 yg nggak ada kampung...makanya ada kampung bess bangett.. ahaha.. selama berada di kampung, bergilir2 umah...tak pernah lagi selama aku berkahwin ni,suami aku tidur umah mak mertua aku tanpa aku di sisi...kami akan balik umah mama and mak hari2..
almaklumlah dekat..tak sampai setengah jam da sampai.. ikutkan,rumah suami aku sebelah kampung je.tak sampai 3minit pun leh sampai...tapi bila orang tua tinggal seorang tak elok juga..jadi anak2 ibu mertuaku pun mendirikan rumah di kampung kelahiran suami aku. ada juga teman..tak la mak selalu sendirian.
mama aku lak lagi kesian..1st day raya suami da kena ke P.redang utk bertugas...suami aku pula mnta duk umah ma sampai raya ke 5. baiknyaa suami aku...tu fasal ma n abah syg sgt kat dia...
ok la.. times out.. nnt cont.back...
wassalam

Kali perTama

Alhamdulillah..
dapat juga create blog utk masa depan..hehe..
thanks to miz shida yg push aku wat hari ni bile die publish her blog n pomot kat fb..
jeles aku..
hm..da lame aku nk wat blog ni...sbb aku ni byk idea.
dulu aku penulis...da 7tahun aku tinggalkan minat aku...
hehe..tapi takde la aku nk wat novel lagi..
malas da nk berangan...dulu kuat berangan ye aa..

kali pertama..
saje je aku bagi tajuk tu.setiap org berbeza pndangan ttg kali pertama..
ye la.. masing2 ade la yg first dlm hidup yee..
cinta pertama..
anak pertama..
perkahwinan..
kehancuran..
kegagalan..
kejayaan..
macam2..subjektif katakan..
ok la.. semoga setiap catatan ni dapat mmbeerikan manfaat pada masa depan..
kot2 anak2 cucu,nak kenal sape nenek die...
ehehe